Latar belakang Rancangan_Malaysia_Kedua

Walaupun orang-orang Melayu membentuk kumpulan majoriti di kalangan penduduk Malaysia, penguasaan ekonomi mereka tidak setara dengan kedudukan tersebut. Pada tahun 1970, golongan Bumiputera hanya memiliki sekitar 1.9% daripada ekonomi Malaysia, manakala golongan bukan Melayu (kebanyakannya orang-orang Cina) mengawal sekitar 37.4 % dan selebihnya dipegang oleh orang-orang asing.[2]

Berikutan ketaksamaan ini, Perkara 153 Perlembagaan Malaysia menuntut kerajaan menyediakan kuota bagi pengagihan biasiswa dan jawatan dalam perkhidmatan awam memperbaiki kedudukan ekonomi orang-orang Melayu.

Namun, RMP dlihat telah gagal menangani masalah ketidakseimbangan ekonomi ini.[2] Dasar-dasarnya juga menghasilkan ketidakpuasan hati masyarakat bukan Melayu yang rata-ratanya menyokong parti-parti pembangkang, yang lebih menyenangi pengurangan atau pemansuhan tindakan afirmatif bagi golongan Bumiputera, sewaktu pilihan raya umum 1969.

Sebuah perarakan kemenangan dianjurkan pada 12 Mei oleh penyokong-penyokong pembangkang yang membawa kepada perhimpunan balas pada keesokan harinya oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti utama di dalam gabungan Parti Perikatan yang memerintah ketika itu. Namun begitu, perhimpunan itu berubah menjadi rusuhan yang berlangsung selama dua hari. Sumber-sumber rasmi meletakkan jumlah kematian sekitar 200 orang. Ada pihak-pihak lain yang memberikan anggaran yang lebih besar manakala beribu-ribu yang lainnya (kebanyakan daripadanya ialah orang-orang Cina) kehilangan tempat tinggal.

Perintah darurat diisytiharkan dan Parlimen digantung. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dibentuk bagi memerintah Malaysia sehingga tahun 1971, apabila Parlimen bersidang semula.[3]

Semasa berkuasa, MAGERAN melaksanakan DEB dengan tujuan utama membasmi kemiskinan di samping menyingkirkan "pengenalan kaum mengikut peranan ekonomi" melalui sebuah "ekonomi yang pesat berkembang". Selain itu, DEB mensasarkan pegangan ekonomi bumiputera sehingga 30% di dalam jangkamasa 20 tahun.[3] Malah sebuah Rangka Rancangan Jangka Panjang dibentuk dengan tujuan yang sama seperti DEB. Kedua-duanya disusun supaya tamat pada tahun 1990, manakala RMK2 diluluskan oleh Parlimen dengan tujuan kedua-dua polisi ini.[2]

Rujukan

WikiPedia: Rancangan_Malaysia_Kedua http://www.cassey.com/fea2003-5.pdf http://www.cid.harvard.edu/hiid/503.pdf http://www.cid.harvard.edu/hiid/731.pdf http://www.bsos.umd.edu/socy/vanneman/socy699J/mfl... http://www.ide.go.jp/English/Publish/De/pdf/97_03_... http://www.econ.upm.edu.my/~fatimah/rural.pdf http://web.archive.org/web/20031209073652/http://w... http://web.archive.org/web/20050410214333/http://w... http://web.archive.org/web/20060209031646/http://w... http://www.avrdc.org/pdf/dynamics/Malaysia.pdf